Daud Kim minta maaf, akui isu serangan seksual berlaku sebelum masuk Islam
YouTuber Muslim dari Korea Selatan, Daud Kim pastinya dikenali oleh sesetengah pengikutnya di Malaysia. Pernah bertemu dan belajar bertaranum dengan Juara Qariah Tilawah Al-Quran dari Malaysia, Farhatul Fairuzah di Korea, video tersebut telah tular dan mendapat perhatian media-media tempatan.
Didakwa melakukan serangan seksual
Namun begitu, sejak semalam, satu video mendakwa dirinya melakukan serangan seksual kepada seorang wanita. Video tersebut tular sehingga mendapat kecaman daripada pelbagai pihak kerana Daud Kim merupakan YouTuber Muslim yang terkenal.
Menerusi video yang tular di Twitter yang diperoleh daripada TikTok, seorang wanita mendakwa hampir dirogol oleh Daud Kim ketika melancong di negara Korea Selatan
u
